Panas: Memalukan, Kerajaan Malaysia Sekali Lagi Membenarkan Rakyat Israel Memasuki Negara Ini Tanpa Halangan Dek Kerana Sertai Acara Sukan !!

Khamis, 29 September 2011

Sungguh mengejutkan apabila heboh diperkatakan bahawa Kerajaan Malaysia kini sudah semakin berlembut dan mempunyai hubungan tidak rasmi dengan negara Yahudi iaitu Israel. Malah sungguh mendukacitakan apabila kerajaan terlepas pandang dan membenarkan seorang warga Israel datang Ke Malaysia dan menyertai satu acara suka di negara ini. Umum mengetahui Hubungan Malaysia-Israel merupakan isu yang sensitif bagi umat Islam di Malaysia. Malaysia dan kebanyakan negara Islam tidak mengiktiraf negara Israel dan tidak mengadakan hubungan dengan Israel. Dan Jabatan Imigresen Malaysia menetapkan negara Israel haram dilawati oleh rakyat Malaysia. Ini kerana Malaysia tidak mengiktiraf negara terbabit. Biarpun secara rasminya Malaysia tidak pernah mengiktiraf kewujudan Negara Yahudi itu namum beberapa pemimpin Negara dan pemimpin UMNO sendiri mengenepikan sensitiviti umat Islam di Malaysia. Penampilan peserta dari Israel yang menyertai satu pertandingan sukan antarabangsa di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang baru-baru ini amatlah mengecewakan ramai pihak sebenarnya. Tambah memalukan, acara sukan itu diadakan di sebuah pusat pengajian tinggi tanpa mengambilkira tujuan program itu. Tindakan ini jelas sekali sengaja mahu merosakkan nama institusi terbabit apatah lagi bila peserta dari Israel pula dibawa masuk menyertai pertandingan sukan tersebut. Bukankah ini sungguh memalukan.

......

Abim yakin hudud akan diterima seperti kewangan Islam

Selasa, 27 September 2011

KUALA LUMPUR, 28 Sept — Sambil menegaskan pihaknya komited untuk melihat pelaksanaan hukum hudud, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) berkata, undang-undang itu mula menerima sokongan positif kalangan muda Muslim dan akan diterima sebagaimana sistem kewangan alternatif Islam. Setiausaha Agung Abim Mohamad Raimi Ab Rahim berkata, perkara itu terbukti menerusi kajian bertajuk “Values Dreams Ideals Muslim Youth In Southeast Asia: Surveys in Indonesia and Malaysia” kendalian Merdeka Center, Goethe Institute dan Yayasan Fredrich Naumann baru-baru ini.

......

Kerajaan Ingin Hapuskan Terus Kuota Bumiputera

KUALA LUMPUR, 28 Sept: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menggesa Presiden Umno yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menarik balik hasrat yang mahu menghapuskan terus kuota Bumiputera dan menggunakan sistem meritokrasi sebagai kaedah baru bagi mendesak usahawan Bumiputera untuk bersaing secara terbuka.
“Penghapusan kuota Bumiputera ini adalah satu pengkhianatan Umno kepada orang Melayu dan bukan masanya perkara ini dilakukan,” kata Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Noor kepada Harakahdaily.

......

Adakah Umno sengaja mainkan isu hudud untuk pecah belahkan Pakatan??

Isnin, 26 September 2011

KUALA LUMPUR: Pimpinan Pakatan Rakyat tidak akan melayani isu hudud yang dimainkan Umno-BN bagi memecah belahkan parti dalam gabungan itu, menjelang Pilihan raya Umum akan datang.
“Kita tidak akan mengikut agenda mereka (BN) dalam isu Hudud ini. Umno –BN bercakap hanya untuk satu tujuan, supaya kita (PR) berselisih faham antara satu sama lain,” kata Setiausaha Agung Pas, Mustaffa Ali ketika mengadakan sidang media di  Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, sebentar tadi.

......

APABILA MANUSIA SUDAH JADI MACAM LEMBU

BERPULUH lelaki dan sekurang-kurangnya seorang wanita mengambil bahagian dalam sebuah tunjuk perasaan di San Francisco Amerika Syarikat. Bezanya, tunjuk perasaan ini dibuat dalam keadaan semua pesertanya berbogel.

Beberapa orang daripada mereka membawa sepanduk yang bertulis "Bogel bukan kesalahan jenayah" dalam tunjuk perasaan itu yang diadakan sabtu lalu.

......

Nik Aziz: DAP ibarat ‘budak kecil takut hantu’

KOTA BARU, 26 Sept – Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata hukum hudud yang mahu dilaksanakan di Kelantan sama sekali tidak kena-mengena dengan masyarakat bukan Islam terutama DAP yang juga tiada sebab membantah undang-undang Islam itu dilaksanakan.
Ia kenyataan pertama beliau selepas petang tadi kepimpinan Pakatan Rakyat mengarahkan pemimpin-pemimpin parti komponen tidak membuat kenyataan isu berkenaan sehingga ia dibincangkan Rabu ini.
Sehubungan itu beliau menyifatkan DAP seperti “budak-budak kecil takutkan hantu” sedangkan hukum hudud sebenarnya lebih adil dan tidak membabitkan golongan bukan Islam.
“DAP nak keluar (gabungan pembangkang) pasal apa? Hudud untuk orang Islam dan apa hubungan dia (DAP) dengan orang Islam,” katanya kepada pemberita di kediaman Menteri Besar di sini hari ini.

......

PERDANA MENTERI : Hudud tidak akan dilaksanakan di M'sia

Sabtu, 24 September 2011

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata undang-undang berasaskan hukum hudud tidak akan dilaksanakan di negara ini kerana realiti keseimbangan jumlah masyarakatnya tidak mengizinkan undang-undang sebegitu dikuatkuasakan.

"Undang-Undang hudud, tidak akan laksanakan di Malaysia ini tetapi kita terima ini adalah undang-undang Tuhan dan sebagai sebuah parti yang terdiri daripada orang Islam, kita terima hakikat ini tetapi jika ia hendak dilaksanakan ia mesti berpaksikan kepada realiti.

......

BN Rampas Sabah (90an) Guna 60,000 KP Palsu

Rabu, 21 September 2011

 Malaysiakini melaporkan, kabel diplomatik Amerika Syarikat yang bocor mendedahkan, bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengakui pernah mengeluarkan lebih 60,000 kad pengenalan palsu kepada pekerja asing di Sabah sekitar 90-an, atas arahan Umno.

......

Poster burukkan Anwar Ibrahim dan Kerajaan Negeri Kedah

Isnin, 19 September 2011

 Alor Star - Beberapa poster palsu yang kononnya dicetak oleh Kerajaan Negeri digantung sepanjang Jalan Sultanah sebagai menyambut kehadiran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sempena lawatannya ke negeri ini bagi meraikan Rumah Terbuka Aidilfitri Keadilan Kedah.

......

Liwat II :Tiada bukti DNA ‘Lelaki Y’ hasil dari sel sperma

KUALA LUMPUR, 19 Sept — Pakar dari Australia menegaskan tiada bukti yang menunjukkan bahawa profil-profil DNA yang diperoleh daripada “Lelaki Y” dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim datang daripada sel-sel air mani.
Dr Brian McDonald, saksi pembela memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa pihak pendakwa tiada bukti bagi menunjukkan jensi sel yang profil DNA diperoleh.

......

Husam saman Kickdefella RM5 juta

Exco kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa hari ini memfailkan saman terhadap penulis blog Kickdefella atau nama sebenarnya Syed Azidi Syed Abdul Aziz atas dakwaan menyiarkan berita yang tidak benar dan tidak berasas terhadapnya.

Dalam writ saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Husam (bawah) mendakwa tiga artikel bertajuk "Husam telah menipu sahabat dan rakyat" , "Sebelum kita lupa Normala Sudirman" dan "Husam itu pembohong" memfitnahnya.

......

AMALAN SYIAH PADA 10 MUHARRAM



......

PENYELEWENGAN SYIAH TERHADAP AGAMA ISLAM YANG SUCI

BEBERAPA CONTOH PENYELEWENGAN SYIAH

1) Syiah - Al-Quran Sudah Diseleweng. Aqidah Syiah mengatakan bahawa Al-Quran sekarang ini telah diubah, ditokok-tambah dan diselewengkan. Di dalam kitab Al-Fashlu Al-Khitaab at-Thabarsi menukilkan kata -kata Sayyid Ni`matullah al-Jazaairi: "Bahawa tokoh-tokoh Syiah telah sepakat tentang sahihnya hadits-hadits yang sampai ke peringkat mutawaatir yang menunjukkan dengan jelas tentang berlakunya penyelewengan al-Quran (An-Nuuri At-Thabarsi, Fashlu al-Khitaab, hal. 30)

AGAMA ISLAM - Tidak perlu dijelaskan hukum meragui kitab suci al-Quran...

......

ADAKAH INI KERJA PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) ATAU IA KERJA PARTI PENGECUT??


ALOR SETAR: Umno Negeri Kedah hari ini menafikan penglibatan dengan pemasangan poster yang mengkritik Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menggunakan logo PAS dan kerajaan negeri Kedah di beberapa kawasan di sekitar Alor Setar semalam.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata Umno Kedah sendiri tidak bersetuju dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab seperti itu.

“Kalau kita (orang Umno) yang nampak poster-poster itu, kita juga akan buat laporan polis. Biar polis siasat dan kita akan ketahui ‘tangan jahat’ mana yang buat kerja itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

......

KES ANUAR: ADAKAH AHLI KIMIA M'SIA ADA STANDARD??

Pihak pembelaan dalam perbicaraan liwat II membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini menimbulkan kemungkinan sampel yang diambil dan diuji oleh ahli kimia dicemari tetapi hakikat itu diabaikan.

Tumpuan adalah terhadap calitan kapas B9 yang diperolehi dari kawasan rektum Mohd Saiful Bukhari Azlan dan tuala putih yang diperolehi daripada sel Anwar apabila beliau ditahan semalaman.

......

HASAN PUTAR ALAM,PUTU MAYAM MASUK UMNO!!

PAS Selangor berkata, khabar angin pemimpinnya Datuk Dr Hasan Ali akan keluar parti dan menyertai Umno tidak betul.

NONEPesuruhjaya negeri Dr Abd Rani Osman (kiri) berkata,berdasarkan komitmen yang ditunjukkan pada perjuangan parti Islam itu selama ini, perkara itu tidak akan menjadi kenyataan.

......

SAMM beri Rosmah hingga hujung bulan utk menjelaskan perihal cincin RM24j

Ahad, 18 September 2011

Ketua bahagian PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin memberi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Wanita Pertama Rosmah Mansor sehingga akhir bulan ini untuk menjelaskan perbelanjaan perjalanan mereka termasuk perjalanan terbaru ke Perth, cincin bernilai AS24 juta dan hubungkait besan mereka dengan pihak Mafia. Begitu juga mengenai koleksi beg Birkin Rosmah yang dikhabarkan bernilai lebih daripada satu juta.

......

Nik Aziz harap kaum India kekal bersama Pakatan

KOTA BHARU, 18 Sept: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berharap kaum India terus kekal bersama Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

......

Bangladesh dakwa diberi kerakyatan mudah M'sia

Laman web Biro Hal Ehwal NGO pejabat Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina hari ini menyiarkan laporan dengan memetik sumber yang mendakwa bahawa pekerja Bangladesh di Malaysia diberi kewarganegaraan dengan mudah asalkan mengundi parti yang mewakili kerajaan pemerintah.

......

Antara punca "BN" kalah di Selangor

Jumaat, 16 September 2011

Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak menempelak pemimpin tertentu dalam parti itu yang masih menjalankan program "syok sendiri" dan memberi laporan tidak tepat berhubung sokongan masyarakat akar umbi.

......

Mahathir: Sudah pasti saya pecat Anwar jikapun Mufti Perak kata jangan

KUALA LUMPUR, 15 Sept – Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan sudah pasti beliau akan memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim meskipun Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria ada menasihatkan beliau supaya tidak berbuat demikian.

Bekas perdana menteri itu berkata kemungkinan mufti terbabit boleh menerima seorang yang tidak bermoral sebagai pemimpin, tetapi bukan beliau.

......

Gambar kombinasi seorang lelaki membakar dirinya



Gambar kombinasi seorang lelaki, 55, membakar dirinya di luar premis sebuah bank di Thessaloniki semalam selepas bank menolak rundingan untuk menyusun semula bayaran balik pinjaman. — Foto Reuters

......

Pelakon Drama Geng Surau Ditangkap Khalwat

PETALING JAYA: Pelakon, Razak Ahmad memberitahu Mahkamah Rendah Syariah di sini, Khamis, kehadirannya di rumah seorang ahli perniagaan berstatus isteri orang pada malam mereka ditangkap berkhalwat pada 1 April 2006 hanya disebabkan dia mahu mengambil baju yang ditaja wanita itu untuk satu program televisyen.

......