Panas: Memalukan, Kerajaan Malaysia Sekali Lagi Membenarkan Rakyat Israel Memasuki Negara Ini Tanpa Halangan Dek Kerana Sertai Acara Sukan !!

Khamis, 29 September 2011

Sungguh mengejutkan apabila heboh diperkatakan bahawa Kerajaan Malaysia kini sudah semakin berlembut dan mempunyai hubungan tidak rasmi dengan negara Yahudi iaitu Israel. Malah sungguh mendukacitakan apabila kerajaan terlepas pandang dan membenarkan seorang warga Israel datang Ke Malaysia dan menyertai satu acara suka di negara ini. Umum mengetahui Hubungan Malaysia-Israel merupakan isu yang sensitif bagi umat Islam di Malaysia. Malaysia dan kebanyakan negara Islam tidak mengiktiraf negara Israel dan tidak mengadakan hubungan dengan Israel. Dan Jabatan Imigresen Malaysia menetapkan negara Israel haram dilawati oleh rakyat Malaysia. Ini kerana Malaysia tidak mengiktiraf negara terbabit. Biarpun secara rasminya Malaysia tidak pernah mengiktiraf kewujudan Negara Yahudi itu namum beberapa pemimpin Negara dan pemimpin UMNO sendiri mengenepikan sensitiviti umat Islam di Malaysia. Penampilan peserta dari Israel yang menyertai satu pertandingan sukan antarabangsa di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang baru-baru ini amatlah mengecewakan ramai pihak sebenarnya. Tambah memalukan, acara sukan itu diadakan di sebuah pusat pengajian tinggi tanpa mengambilkira tujuan program itu. Tindakan ini jelas sekali sengaja mahu merosakkan nama institusi terbabit apatah lagi bila peserta dari Israel pula dibawa masuk menyertai pertandingan sukan tersebut. Bukankah ini sungguh memalukan.


Kenapa Warga Israel Di Benarkan Masuk Malaysia

Pertandingan yang dimaksudkan ialah ‘Muaythai World Champion’ terbitan Image Group dan The Group Entertainment dibawah pengawasan World Muaythai Council (WMC). Ianya telah berlangsung sekitar June 2011 yang lalu di Dewan Putra 3, Kolej Pendeta Za’aba, universiti terbabit dan dianjurkan oleh AXN Astro untuk rancangan 'The Challenger Muaythai’ Pertandingan yang menawarkan hadiah wang tunai berjumlah USD$100.000,00 dan gelaran ‘Muaythai World Champion’ dijadualkan mula disiarkan mulai 15 Sept 2011 ini di AXN (Astro channel 701) dan AXN HD (Astro B.yond channel 721). Seramai 16 peserta telah dari berbagai Negara telah mengambil bahagian antara negaranya ialah Malaysia, Thailand, Israel dan South Africa. Mereka adalah Pinto Antoine ‘The Phenom’ (Prancis/Thai), Cedric Muller ‘Underground Samurai’ (Prancis), Cyrus Washington ‘Black Dynamite’ (Amerika), Fadi Merza ‘The Beast’ (Austria), Frank Giorgi ‘The Italian Stallion’ (Itali), Ilya Grad ‘Archilles’ (Israel), Jason Woodham ‘The Handsome Hero’ (British), Jesse Miles Lacombe ‘Smiles’ (Kanada), Jordan Watson ‘Quadzilla’ (British), Marco Pique ‘The Sniper’ (Belanda), Mostafa Abdollahi ‘Persian Mos’ (Iran), Pidsanu Kunchat ‘Mardsua’ (Thai), Michael Chase Corley ‘Cool Hand’ (Amerika), Moh. Faizal Bin Ramli ‘Golden Elbow’ (Malaysia), Vuyisile Colossa ‘The Cheetah’ (Afrika Selatan) dan juga Rhyse Saliba ‘Poison Dart’ (Australia).


Bukti. bendera Israel digantung pada dinding dewan Kolej Pendita Za'aba

Memalukan bila Menteri Belia Dan Sukan, menyokong program tersebut
Mengejutkan juga, apabila Menteri Belia Dan Sukan, Datuk Ahmad Ahmad Shabery Cheek turut hadir pada hari pelancaran tersebut. Adalah mustahil beliau yang merupakan pemimpin Melayu yang berugama Islam itu tidak menyedari akan kehadiran peserta dari Israel itu sedangkan beliau sendiri berada disitu ketika pelancaran. Persoalannya sekarang bagaimana pihak Jabatan Imigresen Malaysia dan Kerajaan Malaysia sendiri yang telah menetapkan bahawa negara Israel adalah haram untuk dilawati oleh rakyat Malaysia boleh membenarkan peserta dari Israael dan penyokongnya itu yang sudah tentu dari Israel juga memasuki Malaysia khususnya di Universiti Putra Malaysia sedangkan negara kita tidak pernah mengiktiraf Israel? Sekali lagi sensitiviti umat Islam Malaysia diinjak-injak oleh pemimpin terbabit sejak sekian lamanya.

0 comments