Panas: Memalukan, Kerajaan Malaysia Sekali Lagi Membenarkan Rakyat Israel Memasuki Negara Ini Tanpa Halangan Dek Kerana Sertai Acara Sukan !!
Khamis, 29 September 2011
Abim yakin hudud akan diterima seperti kewangan Islam
Selasa, 27 September 2011
Kerajaan Ingin Hapuskan Terus Kuota Bumiputera
KUALA LUMPUR, 28 Sept: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menggesa Presiden Umno yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menarik balik hasrat yang mahu menghapuskan terus kuota Bumiputera dan menggunakan sistem meritokrasi sebagai kaedah baru bagi mendesak usahawan Bumiputera untuk bersaing secara terbuka.
“Penghapusan kuota Bumiputera ini adalah satu pengkhianatan Umno kepada orang Melayu dan bukan masanya perkara ini dilakukan,” kata Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Noor kepada Harakahdaily.
Adakah Umno sengaja mainkan isu hudud untuk pecah belahkan Pakatan??
Isnin, 26 September 2011
“Kita tidak akan mengikut agenda mereka (BN) dalam isu Hudud ini. Umno –BN bercakap hanya untuk satu tujuan, supaya kita (PR) berselisih faham antara satu sama lain,” kata Setiausaha Agung Pas, Mustaffa Ali ketika mengadakan sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, sebentar tadi.
APABILA MANUSIA SUDAH JADI MACAM LEMBU
Nik Aziz: DAP ibarat ‘budak kecil takut hantu’
Ia kenyataan pertama beliau selepas petang tadi kepimpinan Pakatan Rakyat mengarahkan pemimpin-pemimpin parti komponen tidak membuat kenyataan isu berkenaan sehingga ia dibincangkan Rabu ini.
Sehubungan itu beliau menyifatkan DAP seperti “budak-budak kecil takutkan hantu” sedangkan hukum hudud sebenarnya lebih adil dan tidak membabitkan golongan bukan Islam.
“DAP nak keluar (gabungan pembangkang) pasal apa? Hudud untuk orang Islam dan apa hubungan dia (DAP) dengan orang Islam,” katanya kepada pemberita di kediaman Menteri Besar di sini hari ini.
PERDANA MENTERI : Hudud tidak akan dilaksanakan di M'sia
Sabtu, 24 September 2011
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata undang-undang berasaskan hukum hudud tidak akan dilaksanakan di negara ini kerana realiti keseimbangan jumlah masyarakatnya tidak mengizinkan undang-undang sebegitu dikuatkuasakan.
"Undang-Undang hudud, tidak akan laksanakan di Malaysia ini tetapi kita terima ini adalah undang-undang Tuhan dan sebagai sebuah parti yang terdiri daripada orang Islam, kita terima hakikat ini tetapi jika ia hendak dilaksanakan ia mesti berpaksikan kepada realiti.