KUALA LUMPUR, 28 Sept — Sambil menegaskan pihaknya komited untuk melihat pelaksanaan hukum hudud, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) berkata, undang-undang itu mula menerima sokongan positif kalangan muda Muslim dan akan diterima sebagaimana sistem kewangan alternatif Islam. Setiausaha Agung Abim Mohamad Raimi Ab Rahim berkata, perkara itu terbukti menerusi kajian bertajuk “Values Dreams Ideals Muslim Youth In Southeast Asia: Surveys in Indonesia and Malaysia” kendalian Merdeka Center, Goethe Institute dan Yayasan Fredrich Naumann baru-baru ini.
Panas: Memalukan, Kerajaan Malaysia Sekali Lagi Membenarkan Rakyat Israel Memasuki Negara Ini Tanpa Halangan Dek Kerana Sertai Acara Sukan !!
Khamis, 29 September 2011
Kerajaan Ingin Hapuskan Terus Kuota Bumiputera
KUALA LUMPUR, 28 Sept: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menggesa Presiden Umno yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menarik balik hasrat yang mahu menghapuskan terus kuota Bumiputera dan menggunakan sistem meritokrasi sebagai kaedah baru bagi mendesak usahawan Bumiputera untuk bersaing secara terbuka.
“Penghapusan kuota Bumiputera ini adalah satu pengkhianatan Umno kepada orang Melayu dan bukan masanya perkara ini dilakukan,” kata Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Noor kepada Harakahdaily.
Adakah Umno sengaja mainkan isu hudud untuk pecah belahkan Pakatan??
Isnin, 26 September 2011
KUALA LUMPUR: Pimpinan Pakatan Rakyat tidak akan melayani isu hudud yang dimainkan Umno-BN bagi memecah belahkan parti dalam gabungan itu, menjelang Pilihan raya Umum akan datang.
“Kita tidak akan mengikut agenda mereka (BN) dalam isu Hudud ini. Umno –BN bercakap hanya untuk satu tujuan, supaya kita (PR) berselisih faham antara satu sama lain,” kata Setiausaha Agung Pas, Mustaffa Ali ketika mengadakan sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, sebentar tadi.
......

APABILA MANUSIA SUDAH JADI MACAM LEMBU
BERPULUH lelaki dan sekurang-kurangnya seorang wanita mengambil bahagian dalam sebuah tunjuk perasaan di San Francisco Amerika Syarikat. Bezanya, tunjuk perasaan ini dibuat dalam keadaan semua pesertanya berbogel.
Beberapa orang daripada mereka membawa sepanduk yang bertulis "Bogel bukan kesalahan jenayah" dalam tunjuk perasaan itu yang diadakan sabtu lalu.
Nik Aziz: DAP ibarat ‘budak kecil takut hantu’
KOTA BARU, 26 Sept – Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata hukum hudud yang mahu dilaksanakan di Kelantan sama sekali tidak kena-mengena dengan masyarakat bukan Islam terutama DAP yang juga tiada sebab membantah undang-undang Islam itu dilaksanakan.
Ia kenyataan pertama beliau selepas petang tadi kepimpinan Pakatan Rakyat mengarahkan pemimpin-pemimpin parti komponen tidak membuat kenyataan isu berkenaan sehingga ia dibincangkan Rabu ini.
Sehubungan itu beliau menyifatkan DAP seperti “budak-budak kecil takutkan hantu” sedangkan hukum hudud sebenarnya lebih adil dan tidak membabitkan golongan bukan Islam.
“DAP nak keluar (gabungan pembangkang) pasal apa? Hudud untuk orang Islam dan apa hubungan dia (DAP) dengan orang Islam,” katanya kepada pemberita di kediaman Menteri Besar di sini hari ini.

Langgan:
Ulasan (Atom)