ALOR SETAR: Umno Negeri Kedah hari ini menafikan penglibatan dengan pemasangan poster yang mengkritik Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menggunakan logo PAS dan kerajaan negeri Kedah di beberapa kawasan di sekitar Alor Setar semalam.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata Umno Kedah sendiri tidak bersetuju dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab seperti itu.
“Kalau kita (orang Umno) yang nampak poster-poster itu, kita juga akan buat laporan polis. Biar polis siasat dan kita akan ketahui ‘tangan jahat’ mana yang buat kerja itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.Logo PAS
Beliau mengulas dakwaan kononnya Umno bertanggungjawab memasang poster berkenaan sempena kehadiran Anwar di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Kedah di Stadium Sultan Abdul Halim sini semalam.
Poster itu yang mengkritik Anwar dan menggunakan logo PAS dan kerajaan negeri Kedah dipasang di beberapa tempat di sekitar Alor Setar.
Sementara itu, Ahmad Bashah mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak kerana mengizinkan Barisan Nasional (BN) menggunakan stadium itu untuk majlis sambutan Aidilfitri 1Malaysia esok.
-Bernama

0 comments
Catat Ulasan