IMSAK BEBERAPA MINIT SEBELUM FAJAR

Sabtu, 1 Ogos 2009

Di sesetengah negara ditetapkan waktu lebih kurang 20 minit sebelum fajar dan mereka mengatakan ia waktu imsak. Mereka memulakan puasa dan berhenti daripada makan dan minum pada waktu itu. Adakah perbuatan sebegini betul?

Alhamdulillah,
Perbuatan sebegini adalah tidak betul kerana Allah telah mengharuskan orang-orang yang ingin berpuasa untuk makan dan minum sehingga jelasnya terbit waktu fajar. Allah berfirman :
وَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَكُمْ الْخَيْطُ الأَبْيَضُ مِنْ الْخَيْطِ الأَسْوَدِ مِنْ الْفَجْرِ ) البقرة 187)
Maksudnya: Makan dan minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam, iaitu fajar.(al Baqarah 187)
Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Ibn Umar dan Aisyah radhiallahanhum bahawa Bilal selalu melaungkan azan pada waktu malam, Rasulullah s.a.w bersabda :
(كُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يُؤَذِّنَ ابْنُ أُمِّ مَكْتُومٍ ، فَإِنَّهُ لا يُؤَذِّنُ حَتَّى يَطْلُعَ الْفَجْر)
¬¬Maksudnya : Makan dan minumlah sehingga Ibnu Umi Maktum melaungkan azan, kerana dia tidak melaungkan azan sehinggalah terbitnya fajar.
Imam Nawawi berkata tentang hadis ini : Diharuskan makan, minum, jimak dan semua perkara sehingga terbit fajar.(Muslim Syarah Nawawi jil 4/68)

Imam al Hafiz Ibn Hajar berkata di dalam Fathul Bari jil 4/199 : Di antara bid’ah yang munkar ialah apa yang diadakan pada zaman ini dengan melaungkan azan kedua 20 minit sebelum masuk waktu fajar pada bulan Ramadhan dan memadamkan lampu yang dijadikan pedoman (telah tiba waktu) pengharaman makan dan minum bagi orang-orang yang hendak berpuasa, sangkaan daripada orang yang mengadakan waktu tersebut adalah untuk berhati-hati dalam ibadat.

Syeikh Ibn Usaimin ditanya tentang wujudnya penetapan 15 minit waktu untuk imsak sebelum fajar pada sesetengah taqwim, beliau berkata : Ini adalah terdiri daripada bid’ah, ia tidak ada asal dalam sunnah sedangkan sunnah ialah yang bertentangan dengannya, kerana Allah berfirman di dalam kitabnya yang bermaksud:
“Makan minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam, iaitu fajar.”
(al Baqarah 187)
Sabda nabi s.a.w :
( إن بلالاً يؤذن بليل فكلوا واشربوا حتى تسمعوا أذان ابن أم مكتوم ، فإنه لا يؤذن حتى يطلع الفجر)
Maksudnya : Sesungguhnya Bilal melaungkan azan pada waktu malam, maka makan dan minumlah sehingga kamu mendengar azan Ibnu Umi Maktum, kerana dia tidak melaungkan azan sehinggalah terbitnya fajar
Imsak yang dibuat oleh sesetengan orang ini adalah suatu penambahan terhadap apa yang telah difardhukan Allah, maka ia menjadi batil dan ia terdiri daripada sesuatu yang melampau dalam agama Allah. Nabi s.a.w telah bersabda :
( هَلَكَ الْمُتَنَطِّعُونَ ، هَلَكَ الْمُتَنَطِّعُونَ ، هَلَكَ الْمُتَنَطِّعُونَ ) رواه مسلم (2670)
Maksudnya : “Kehancuranlah bagi orang-orang yang melampaui batas, Kehancuranlah bagi orang-orang yang melampaui batas, Kehancuranlah bagi orang-orang yang melampaui batas)
Wallahu a’lam

Sumber: http://www.alazhar.gov.eg/forum.aspx?g=posts&t=2343

Diterjemah oleh: deobandi

email: ismr_wrdy75@yahoo.com.my

......

FATWA TENTANG UPACARA HARI PAHLAWAN

Jumaat, 31 Julai 2009

(1) Amalan seperti tiupan “Last Post” , bertafakur dengan menundukan kepala,meletakkan kalungan bunga , bacaan sajak , nyanyian dan tiupan “Rouse” yang dilakukan di hadapan tugu dalam upacara menyambut Hari Pahlawan adalah bercanggah dengan Islam dan boleh membawa kepada syirik.

(2) Bacaan sajak yang boleh menimbulkan semangat kepahlawanan adalah diharuskan dengan syarat tidak dilakukan dihadapan tugu atau di tempat atau dalam suasana yang di larang oleh syara’.

Rujukan Pewartaan : Sel. P.U. 20.
Tarikh Pewartaan : 14 September 1995
Baca : 1312


Oleh : Jawatankuasa Perunding Hukum Syara'
Fatwa Negeri Pahang wrote:
Kategori : Akidah

Tajuk : Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan

Isu : Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan sempena upacara sambutan Hari Pahlawan dan upacara-upacara lain

Fatwa :

ENAKMEN PENTADBIRAN
UNDANG-UNDANG ISLAM 1991
(Enakmen 3/91)
FATWA DI BAWAH SEKSYEN 36

Fatwa berikut yang dibuat oleh Mufti Negeri di bawah subseksyen 36 (1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 39 (6) Enakmen itu adalah disiarkan menurut subseksyen 36(2) Enakmen itu:

Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan sempena upacara sambutan Hari Pahlawan dan upacara-upacara lain adalah haram dan hendaklah ditinggalkan.”

Rujukan Pewartaan : 36
Tarikh Pewartaan :
16 Januari 1997
Baca : 1572
Oleh : Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang

sumber : http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_prosearch.asp?search=tugu


email: ismr_wrdy75@yahoo.com.my

......