HUKUM MEMAKAI RAMBUT PALSU

Rabu, 10 Jun 2009

Soalan :
Apa hukumnya wanita yang menyambung rambutnya dengan rambut tambahan ?

Jawapan :
Alhamdulillah, kaum wanita diharamkan/dilarang menyambung rambut mereka dengan rambut tambahan atau dengan benda lainnya yang menyerupai rambut. Berdasarkan dalil-dalil yang melarang hal tersebut. (“Hadits Asma binti Abu Bakar radiyallahu ‘anha, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassallam melaknat wanita yang menyambung rambutnya (dengan rambut palsu) dan wanita yang minta disambungkan rambutnya (Muttafaqun ‘alaihi)

Dan disisi Allah-lah seluruh kejayaan dan semoga Allah memberikan sholawat dan salam ke atas Nabi kita (Shalallahu `alaihu wasallam) dan keluarganya dan sahabatnya.

Komitee Tetap untuk Riset Islam Dan Fatawa Saudi Arabia Ketua : Syaikh ‘Abdul ‘Aziz Ibn Abdullah Ibn Baz
Wakil : Syaikh ‘Abdur-Razaq ‘ AfifiAnggota : Syaikh ‘ Abdullah Ibn Ghudayyan
Fataawa al-Lajnah ad-Daimah lil-Buhuts al-’Ilmiyyah Wal-Iftaa Saudi Arabia,- Jilid 5, Muka surat 193, Pertanyaan nombor 10 dari fatwa No. 9850; Fatawa wa Ahkaam fi Sya’r an-Nisaa- Soalan 5 muka surat 8.
Soalan :

Bagaimana hukum mengenai seorang perempuan yang memakai rambut palsu untuk mencantikkan dirinya untuk suaminya?

Jawapan :

Memang setiap pasangan harus mencantik dirinya (si suami) atau dirinya (si isteri) untuk pasangannya, di dalam rangka menyenangkan pasangannya dan menguatkan perasaan (kasih/cinta, ) diantara keduanya.
Bagaimanapun, hal ini hendaklah dilakukan dengan cara yang tercakup dalam batas syariah sehingga tidaklah terlarang. Adapun memakai rambut palsu adalah cara yang diamalkan oleh wanita-wanita non-Muslim dan menjadi cara yang popular dalam usaha untuk mencantikkan diri. Jika wanita muslimah memakai dan mencantikkan dirinya dengan itu, sekalipun hanya untuk (didepan,) suaminya, maka dia sedang meniru wanita-wanita kafir dan Nabi telah melarangnya. Baginda bersabda (Barangsiapa menyerupai satu kaum maka dia termasuk golongan mereka.)
Lebih-lebih lagi, hal tersebut sama ertinya “menyambung rambut palsu atas seseorang”. Nabi (Shalallaahu `alaihi wassallam) telah melarang perbuatan tersebut dan mengutuk orang yang melakukannya. (“Hadits Asma binti Abu Bakar radiyallahu ‘anha, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassallam melaknat wanita yang menyambung rambutnya (dengan rambut palsu) dan wanita yang minta disambungkan rambutnya (Muttafaqun ‘alaihi)
Dan disisi Allah-lah seluruh kejayaan dan semoga Allah memberikan sholawat dan salam atas Nabi kita (Shalallahu `alaihu wasallam) dan keluarganya dan sahabatnya. (aa)
Komitee Tetap untuk Riset Islam Dan Fatawa Saudi Arabia, Fatawa Al-Mar’ah

Soalan:
Adakah diperbolehkan untuk seorang perempuan untuk menggunakan rambut palsu bagi mencantikkan dirinya untuk suami nya? Apakah ini termasuk di dalam larangan menyambung rambut ke rambut seseorang?

Jawapan :
Rambut palsu dilarang dan dikategorikan suatu cara menyambung rambut ke rambut seseorang. Walaupun tidaklah sama , namun hal itu membuat rambut perempuan nampak lebih panjang dan menjadi mirip menyambung rambut. Nabi (Shalallaahu `alaihi wasallam) telah melaknat pekerja yang menyambung rambut demikian juga ke atas seseorang yang meminta disambungkan. (Hadits Asma binti Abu Bakar radiyallahu ‘anha, “Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam melaknat wanita yang menyambung rambutnya (dengan rambut palsu) dan wanita yang minta disambungkan rambutnya.” (HR. Bukhari dan Muslim dalam Shahih keduanya). Namun, jika seorang wanita tidak mempunyai rambut dikepalanya sama sekali, sebagai contoh, dia seorang yang botak, maka dia boleh menggunakan suatu rambut palsu untuk menutupi seluruh cacatnya, ini kerana adanya pertimbangan diizinkan untuk menghilangkan kecacatan. Sebagai contoh, Nabi (Shalallaahu `alaihi wasallam) yang telah membolehkan seorang lelaki yang mempunyai hidungnya terpotong dalam suatu pertempuran, untuk memakai hidung palsu emas. Keadaannya adalah lebih sesuai berbanding itu, iaitu juga meliputi permasalahan menjalani pembedah plastik untuk memperbaiki hidung yang kecil dan sebagainya.
Bagaimanapun, proses mencantik tidaklah sama halnya menghilangkan cacat. Jika masalahnya berkenaan menghilangkan kecacatan, maka tidak ada keburukan didalamnya, seperti ketika hidung bengkok dan perlu diluruskan atau menghilangkan tanda/tahi lalat. Tidak ada keburukan dalam tindakan yang sedemikian. Akan tetapi, bukanlah termasuk menghilangkan kecacatan, seperti membuat tatoo atau menghilangkan rambut alis mata, hal itu adalah dilarang. (Allah melaknat wanita yang membuat tato, wanita yang minta dibuatkan tato, wanita yang mencabut alisnya, wanita yang minta dicabutkan alisnya, dan melaknat wanita yang mengikir giginya untuk tujuan mengindahkannya, wanita yang mengubah ciptaan Allah Azza wa Jalla.” (HR. Bukhari dan Muslim dari shahabat Ibnu Mas’ud radhiallahu ‘anhu).
Penggunaan rambut palsu, walau dengan izin dan persetujuan suami, adalah dilarang. Izin atau persetujuan didalam hal-hal yang Allah telah melarangnya.
(Syaikh Ibn ‘Utsaimin, Fataawa Al-Mar’ah)

0 comments